Berjubah konvo, Cik B terima USS Voyager Award 2025 – “Alhamdulillah”

LocalEntertainment
14 Oct 2025 • 10:10 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida iaitu Cik B menjadi sorotan publik apabila dipercayai bergraduasi pada Majlis Konvokesyen dan Penyampaian Anugerah 2025 Akademi Dalam Industri dan UTMSPACE Services baru-baru ini.

Terima USS Voyager Award 2025

image is not available

Cik B atau nama sebenarnya, Edlynn Zamilleen Muhammad Amin turut menerima USS Voyager Award 2025 atas pencapaian luar biasa menerusi bidang yang diceburi.

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Cik B di Instagram dan memperlihatkan dia dan ibunya turut naik ke pentas bagi menerima anugerah tersebut.

“Alhamdulillah,” tulisnya ringkas.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, warganet menitipkan ucapan tahniah atas pencapaian luar biasa itu dan meluahkan rasa bangga terhadap kejayaan yang dirangkul biarpun pada usia yang muda.

Sukses selalu

image is not available

Hebat Cik B

image is not available

Tahniah

image is not available

Terdahulu, pada awal 2025, Cik B mengejutkan peminatnya apabila menyarung jubah konvokesyen dan mortar setelah menyambung pengajian dalam tiga jurusan berbeza di sebuah kolej terletak di Barcelona, Sepanyol.

Difahamkan, anak ketiga daripada empat adik beradik itu mengambil jurusan Bahasa Sepanyol, perniagaan dan kulinari di kolej tersebut dan bakal menamatkan pengajian dalam tempoh setahun sebelum menyambung pengajian ijazah sarjana.

Sumber: Instagram cikb_havoc66