Berkat Doa Ibu, Wanita Ini Akhirnya Dapat Kerja Kerajaan Selepas 17 Kali Gagal Temuduga SPA

1 Dec 2022 • 12:26 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Benarlah apa yang dikatakan, rezeki itu tak pernah salah alamat. Biarpun lambat, jika ditakdirkan sudah menjadi rezeki kita, kita pasti akan mendapatkannya suatu hari nanti.

Itulah yang dapat digambarkan dengan pengalaman seorang wanita yang gagal melepasi peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebanyak 17 kali sebelum ini.

Menerusi perkongsian video di TikTok, wanita yang dikenali sebagai Mya Zainal memohon pelbagai jawatan dalam kerajaan sejak 2012. Selepas 10 tahun mencuba, dia akhirnya berjaya dan dipanggil lapor diri Oktober lalu.

image is not available

Menerusi paparan video, dapat dilihat antara jawatan yang dipohonnya sebelum ini adalah Pembantu Pembangunan Masyarakat (S19), Pembantu Tadbir (N19), Pembantu Pendaftaran (KP19), Penolong Pegawai Tadbir (N29), Pembantu Penerangan (S19) dan banyak lagi. Semuanya gagal!

image is not available

image is not available

Difahamkan, dia berjaya melepasi temuduga dan kini bekerja di salah satu jabatan di Kementerian Pertahanan Malaysia.

Dia amat bersyukur berkat kesabaran dan doa seorang ibu, dia kini berjaya menggapai cita-citanya untuk bekerja di sektor kerajaan. Tahniah diucapkan! Apa yang penting, sikap tak mudah putus asa Mya ini wajar dijadikan contoh.

Kredit: TikTok Mya Zainal

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.