Berkat ke berniaga? Lelaki kantoi berlakon cacat, lipat kerusi roda angkat masuk dalam kereta

2 Aug 2024 • 7:25 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang lelaki kantoi berlakon cacat kononnya mahu meraih simpati orang ramai untuk membeli rendang dijualnya dengan harga yang mahal.

Perkongsian video dimuat naik pengguna Facebook dikenali Eja Isa itu telah menarik perhatian ramai dan menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

Eja Isa berkata, dia melihat lelaki itu menjual rendang di sebuah kawasan taman perumahan dengan memakai kerusi roda.

image is not available

“Minggu lepas lelaki ini berjualan pakai kerusi roda, kononnya kakinya cacat tak boleh bergerak dekat kawasan taman.
“Kakak pun belilah rendang dua paket. Dia mai depan rumah duduk jerit-jerit tengah panas. Kita pun kesian OKU kan. Walau dalam hati tak nak beli tapi beli jugalah, niat nak bantu. RM 25, Dia gerak dari taman ke taman,”katanya.

image is not available

Tambah Eja, kualiti rendang yang dibelinya adalah kurang memuaskan kerana seketul daging bersaiz dua ibu jari untuk paket.

Lelaki kantoi berlakon cacat

Apa yang membuatkan dirinya rasa ditipu apabila dia sendiri melihat lelaki berkenaan siap berdiri dan mengangkat masuk barangnya ke dalam kereta.

Ini termasuklah melipat dan mengangkat masuk kerusi rodanya ke dalam kereta.

“Hari ini, depan mata tengok orang cacat yang sama tu berdiir siap angkat barang masuk kereta. Sebelum tu elok je dia naik kerusi roda berjualan kedai ke kedai.
“Dah 2 kali kena scam. Modus operandi. Konon-konon cacat raih simpati untuk orang membeli,”luahnya.

image is not available

Dalam pada itu, Eja juga berharap agar individu berkenaan berniaga dengan cara yang benar tanpa menipu orang ramai.

“Kesian dekat yang betul-betul cacat terpalit sama. Nak sales dengan cara macam ni, berkat ke tak? Tak tahulah. Peringatan untuk diri sendiri,”ujarnya.

Ish, memang tak patutlah berniaga dengan cara macam tu. Tak takut ke kalau satu hari nanti nikmat dan salah satu sifat sempurna kita ditarik balik oeh-Nya? Macam-macamlah!