Berkonsepkan British Style, Ketahui Kafe Unik Di Dalam Bas Double Decker Di Kuching

1 Nov 2022 • 8:08 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Wah, macam first time nampak ada kafe double decker kat Kuching!

Berkonsepkan British Style, Ketahui Kafe Unik Di Dalam Bas Double Decker Di Kuching. Tahukah anda, di Kuching memang ada banyak tempat tersembunyi yang menarik. Bagi anda yang minat cafe-hopping, ada satu tempat yang lain daripada yang lain untuk anda cuba.

Kafe di dalam bangunan memang dilihat biasa bagi orang ramai, tapi pernah kah anda mencuba kafe di dalam bas? Lagi-lagi kalau bas tu double decker! Di Kuching, anda boleh mencuba satu kafe unik ini untuk anda meluangkan masa bersama kawan.

image is not available
Berkonsepkan British Style, Ketahui Kafe Unik Di Dalam Bas Double Decker Di Kuching. Kredit gambar: FB Wong Tong Wei

Jom ajak kawan-kawan untuk singgah sini

Untuk merasai keunikan kafe di dalam bas dengan english vibes, anda boleh ke Inthrupick yang terletak di Bas Asia Cargo, Kuching. Pada mulanya, ramai yang menyangka ianya hanya sekadar bas biasa, rupa-rupanya ia sebuah kafe yang menarik dan harganya yang berpatutan.

Selain minuman yang menyegarkan, design di dalam bas double decker ini juga merupakan tarikan para pengunjung mengambil english vibes untuk bergambar di sana. Haa.. kalau pergi sana jangan lupa bergambar tau!

image is not available
Kredit gambar: FB Wong Tong Wei / FB Oni Chann

Duduk dalam bas double decker sambil minum air yang menyegarkan

Ada pelbagai menu air menarik yang anda boleh dapati di Inthrupick ini. Dan antaranya ialah Mokka, Signature ITP, Blackforest dan banyak lagi hidangan air yang menyegarkan. Selain kopi, di sini juga tersedia air seperti Berry Tea, Cha Yen dan macam-macam.

Lokasi: Bus Asia Cargo Service, 3 1/2 Miles, Penrissen Road, Taman Seng Goon, 93250 Kuching, Sarawak
Waktu beroperasi: Setiap hari (kecuali Isnin) 11 am – 11 pm

image is not available
Kredit gambar: FB Wong Tong Wei

Lagi artikel tempat makan menarik khas untuk anda meluangkan masa bersama kawan-kawan. Lihat pautan di bawah: