Berkonsepkan ‘Humble’ Stall, Pondok Rossello Pizza Ini Jadi Tarikan Di Kota Samarahan

21 Jun 2023 • 1:50 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pizza lover wajib cuba aneka pizza di Rossello ini

Berkonsepkan ‘Humble’ Stall, Pondok Rossello Pizza Ini Jadi Tarikan Di Kota Samarahan. Kota Samarahan kini mempunyai satu lagi tarikan yang tidak boleh dilepaskan oleh pencinta makanan, khususnya penggemar pizza.

Rosello sebuah pondok pizza yang baru dibuka di Lorong 22 Taman Desa Ilmu telah mencuri perhatian penduduk setempat.

image is not available
Berkonsepkan ‘Humble’ Stall, Pondok Rossello Pizza Ini Jadi Tarikan Di Kota Samarahan. Kredit: Facebook

Konsep ‘humble’ yang dibawa oleh kiosk ini memberikan pengalaman yang unik dan istimewa kepada semua pelanggan.

Pondok pizza ini dibuka bermula dari hari Selasa sehingga Ahad, dengan waktu operasi dari pukul 11 pagi hingga 10 malam.

image is not available

Pada hari Isnin, kiosk ini akan berehat seketika untuk memberi peluang kepada chef pizza mereka untuk berehat dan menyediakan hidangan yang segar pada hari berikutnya.

Salah satu tarikan utama di sini adalah pilihan pizza yang ditawarkan. Antara hidangan yang memikat hati pelanggan adalah lamb pizza, yaki pizza, dan hawaian beef pizza.

image is not available

Yang menariknya, harga untuk sekotak hidangan ini bermula dari harga yang berpatutan iaitu RM18.00.

Untuk memudahkan pelanggan, Kiosk Pizza Samarahan juga menawarkan perkhidmatan tempahan melalui aplikasi WhatsApp.

Pelanggan boleh menghubungi 0145953368 untuk membuat tempahan dan boleh mengambil sendiri di kiosk tersebut.

Baca lagi artikel menarik: