Berkonsepkan Kopitiam, Anda Wajib Cuba ‘Kopi Padu’ Dan ‘Roti Kiap’ Di Tapawlah Plaza Merdeka

4 Nov 2022 • 11:54 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Berkonsepkan Kopitiam, Anda Wajib Cuba ‘Kopi Padu’ Dan ‘Roti Kiap’ Di Tapawlah Plaza Merdeka. Bagi anda yang suka cafe-hopping apa kata anda singgah pula ke Tapawlah Plaza Merdeka. Difahamkan, kedai ini baru sahaja beroperasi dengan berkonsepkan ala-ala kopitiam.

image is not available
Berkonsepkan Kopitiam, Anda Wajib Cuba ‘Kopi Padu’ Dan ‘Roti Kiap’ Di Tapawlah Plaza Merdeka. Sumber: Plaza Merdeka

Menariknya di sini, pelbagai makanan dan minuman yang biasa didapati di kopitiam turut boleh didapati di sini. Jadi, sekiranya anda penggemar makanan di kopitiam bolehlah singgah ke sini.

Hidang pelbagai menu menarik

Selain itu, suasana di kedai ini dilihat agak santai dan sangat sesuai untuk anda menenangkan diri bersama keluarga sambil menikmati sajian enak di sini.

Bukan sahaja suasana tapi makanan dan minuman yang disediakan tu memang tempat lain tak boleh lawan! Lagi-lagi kopi yang disediakan. Tak ada tempat boleh tandingi kepekatan, ratio yang perfect antara kopi dan susu tu memang ummphhh! Panas atau sejuk, dua-dua layan habis!

image is not available

Lihat sahaja kopi yang dihidangkan di Tapawlah ini. Pelbagai jenis kopi ditawarkan antaranya ialah kopi padu, kopi cincau dan kopi special.

image is not available
Sumber: FB Tapawlah️

Selain itu, mereka juga menghidangkan beberapa ‘local cuisine’ antaranya bihun belacan, laksa Sarawak dan teh C special.

image is not available
Sumber: FB Tapawlah️

Jangan lupa rasai juga menu popular di semua kopitiam iaitu roti kiap!

image is not available
Sumber: FB Tapawlah️

Lokasi dan waktu operasi

Lokasi: B-01, Lower Ground, Plaza Merdeka shopping Centre, 88 Pearl Street, 93000 Kuching, Sarawak.

Waktu operasinya pula dibuka setiap hari.

Untuk info lebih lanjut boleh layari Facebook mereka di sini.