Berkonsepkan tradisional, kontinjen negara guna rekaan Rizman Ruzaini pada pembukaan Olimpik Paris

4 Jul 2024 • 3:17 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kontinjen negara akan menyarungkan pakaian berinspirasikan baju Melayu rekaan pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Ruzaini pada perarakan majlis Perasmian Olimpik Paris yang dijadualkan pada 26 Julai ini.

image is not available

Kontinjen negara guna rekaan Rizman Ruzaini

Perkara itu disahkan oleh Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin, hari ini.

Memetik laporan The Star, Hamidin berkata pakaian berkonsep tradisional itu akan diumumkan tidak lama lagi.

“Ia akan bertemakan baju Melayu dan akan menjadi (konsep) tradisional. Kami telah memuktamadkan reka bentuk dan akan menunjukkannya kepada umum tidak lama lagi,”katanya semasa sidang media.

image is not available

Sebelum ini, pakaian rasmi kontinjen Malaysia yang dirancang akan dipakai pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024 menerima kritikan daripada banyak pihakny.

Susulan kritikan tersebut, Majis Olimpik Negara (MOM), tampil memperkenalkan rekaa baharu, dengan corak belang harimau yang lebih garang dipaparkan pada pakaian rasmi.

image is not available

Sementara itu, dua pereka fesyen Malaysia, Rizman Ruzaini menjadi bualan ramai apabila bintang terkemuka dunia, Lady Gaga memakai rekaan mereka di sebuah pertunjukan di Las Vegas, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Sumber: The Star (S. Saktesh)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved