Berkunjung Ke Brunei Anda Wajib Isi Ini, Berikut Adalah Garis Panduan Untuk Anda Daftar E-Arrival Card

9 Feb 2023 • 12:07 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mulai berkuatkuasa pada hari ini

Berkunjung Ke Brunei Anda Wajib Isi Ini, Berikut Adalah Garis Panduan Untuk Anda Daftar E-Arrival Card. Mulai 09 Februari 2023, setiap orang yang berkunjung ke Brunei diwajibkan mengisi E-Arrival Card. E-arrival Card ini menggantikan Borang 19 (Embarkation/Disembarkation Form) yang digunakan saat ini.

Untuk mengisi E-Arrival Card ini sebaiknya dilakukan sebelum naik pesawat ke Brunei. Skrol ke bawah untuk ketahui cara-cara untuk mengisi E-Arrival Card.

Berikut adalah cara-caranya:

Dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran adalah dokumen perjalanan atau pasport yang sah, alamat kediaman di Negara Brunei Darussalam dan butiran penerbangan atau kenderaan yang digunakan.

  1. Lawati laman web https://www.imm.gov.bn dan klik ‘Daftar Sekarang’ untuk Permohonan Baharu.
  2. Masukkan alamat e-mel dan kata laluan yang telah didaftarkan di Brunei INRS portal dalam medan yang disediakan. Klik ‘log masuk’ untuk memasuki portal. Jika anda tidak mempunyai akaun, anda boleh daftar dengan mengisi maklumat di bawah:

image is not available
Berkunjung Ke Brunei Anda Wajib Isi Ini, Berikut Adalah Garis Panduan Untuk Anda Daftar E-Arrival Card

3. Setelah pengguna log masuk, halaman utama portal akan dipaparkan. Di dalam utama menu, klik pada ‘Travel Card’ untuk memulakan pendaftaran E-Arrival Card.

4. Klik ‘Create Travel Card’ untuk permohonan baharu.

image is not available

5. Bagi Bahagian 1 ‘Identiti’, pemohon dikehendaki melengkapkan maklumat wajib (Nama Penuh, Tarikh Lahir, Jantina, Tempat Lahir, Kewarganegaraan, No Pasport, Tempat Dikeluarkan, Tarikh luput).

Individu dikehendaki mengisi ruangan wajib yang telah ditandakan

image is not available

image is not available

6. Untuk Bahagian 2 ‘Maklumat Am’, lengkapkan maklumat yang diperlukan. Untuk bahagian 3 & 4 ‘Arrival Data & Departure Data’, lengkapkan maklumat yang diperlukan kemudian klik ‘Create’.

7. Halaman permohonan untuk E-Travel Card akan dipaparkan seperti di atas bersama dengan Nombor Rujukan. Dan anda selesai!

image is not available

Penggunaan E-Arrival Card ini diwajibkan bagi semua warga

INRD berkata pendaftaran E-Arrival Card adalah wajib bagi semua warga asing yang memasuki Kesultanan melalui pos kawalan imigresen sama ada melalui laut, udara dan darat.

Mereka yang hanya transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei atau mana-mana pelabuhan masuk di Negara Brunei Darussalam tidak perlu mengisi Kad E-Ketibaan. INRD menekankan bahawa E-Arrival Card bukanlah visa atau pas dan mesti digunakan secara berasingan.

Pengesahan pendaftaran E-Arrival Card bukanlah kelulusan untuk masuk ke negara ini dan masih tertakluk kepada pemeriksaan lanjut semasa ketibaan.

Lagi artikel semasa, anda boleh baca pautan di bawah: