“Berlakon Jadi B*doh Pulak” – Gelagat Pemilik Tesla Curi Elektrik Di Rumah Jadi Tumpuan Netizen

LocalTechnology
16 Aug 2024 • 4:28 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular sebuah video di media sosial mengenai tindakan seorang pengguna kenderaan jenis elektrik Tesla ‘kantoi’ kerana mencuri bekalan elektrik di rumahnya sendiri.

Difahamkan, ia dibuat kerana enggan membayar caj bil bulanan yang mahal gara-gara penggunaan kereta elektrik yang perlu dicaj.

Dalam video tersebut, kelihatan pihak TNB menyerbu sebuah kediaman yang didapati berlaku kes kecurian elektrik.

Penyambungan masuk sebelum meter, dia kira macam meter tak rekod penggunaan (elektrik) u. Kalau u guna 100m sekalipun untuk Teslan ni jadi meter tak rekod, bil pun tak sampai dekat TNB.

Tindakan pengubahsuaian meter secara haram itu ternyata salah di sisi undang-undang dan pihak TNB telah memotong bekalan elektrik dan membetulkan semula litar kepada keadaan asal.

image is not available

Sementara itu, pemilik kereta elektrik itu dirakam berada dalam keadaan ‘terkejut’ seolah-olah tidak mengetahui apa-apa berkenaan pengubahsuaian itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji pekerja TNB yang memberi penjelasan lanjut sebelum tindakan sewajarnya dilakukan.

Malah ada juga yang menyindir pemilik kenderaan itu yang seperti berpura-pura tidak mengetahui apa yang terjadi pada meter elektrik rumahnya sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 days ago

"Pergi Ke Balai Polis & Buat Keterangan Saksi Jika Abang Saya Ambil Nyawa Sendiri" - Aufahanie