Tak lama lagi, penonton berkemungkinan akan dapat lihat gandingan Shin Ye-eun dan Kim Da-mi dalam sebuah drama!
Terbaru, media melaporkan bahawa Shin Ye-eun telah menerima tawaran untuk terajui drama baru berjudul “100 Memories”.
Namun, masih tiada respon dari agensinya lagi setakat ini.
Sebelum ini, Kim Da-mi juga telah ditawar untuk muncul dalam drama yang sama, dijangka akan memaparkan keserasian mantap bersama Shin Ye-eun.

Untuk pengetahuan, “100 Memories” akan mengikuti kisah persahabatan dan cinta yang menjerat tentang 2 wanita yang menjadi konduktor bas pada tahun 1980-an.
Nantikan info lanjut!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Berlatarkan 1980-an, Shin Yeeun Dilamar Sertai Kim Dami Dalam Drama ‘100 Memories’ first appeared on KimchiDaily.my.


