Bermalam & Beratur Seawal 2 Pagi, Warga Vietnam Jadi Pembeli Terawal Iphone 16 Di Malaysia

LocalTechnology
20 Sep 2024 • 3:18 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Untuk info ramai, hari ini barisan iPhone 16 sudah mula dijual secara rasmi di Kedai Apple Malaysia dan disebabkan itu, ramai peminat Apple yang sanggup bermalam di kedai Apple Store yang terletak di Tun Razak Exchange (TRX).

Tindakan untuk bermalam di TRX itu berpunca kerana ada yang sudah beratur seawal 2 pagi bagi memastikan mereka dapat membeli telefon pintar tersebut.

image is not available

Lebih menarik, tular beberapa foto memaparkan warga Vietnam sanggup terbang ke Malaysia demi menjadi pembeli terawal di negara ini.

Mahu menjadikan pengembaraannya berbaloi, mereka sanggup membayar dengan sejumlah wang yang besar dengan membeli enam buah telefon pintar iPhone 16 di Malaysia.

image is not available

Sekadar info, kedai di TRX yang sepatutnya mula beroperasi pada jam 10 pagi telah dibuka lebih awal di kedai Apple Store itu demi memberi laluan kepada peminat Apple membeli telefon iPhone 16 secara walk-in serta yang mahu mengambil pra-tempahan sebelum ini.

image is not available 1 week ago

Nak Jadi Yang Terawal, Peminat Apple Sanggup Beratur Untuk 'Pre-Order' Iphone 16

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved