Bermaz Dedah MPV Elektrik, Xpeng X9, Bakal Dilancar Tidak Lama Lagi

LocalCars
24 Jan 2025 • 3:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Bermaz Xpeng (BAuto) menayangkan EV MPV mewah mereka, Xpeng X9 kepada media semalam.

MPV mewah ini akan dilancarkan secara rasmi pada suku kedua tahun ini dimana ia akan ditawarkan dalam tiga varian: Standard Range 2WD Pro, Long Range 2WD Pro, dan varian teratas Long Range Plus 2WD Pro.

Varian biasa: 2WD Pro dikuasakan oleh motor elektrik tunggal, dimana ia mampu menghasilkan 315 hp (235 kW) dan 450 Nm. Varian biasa ini didakwa boleh memecut dari 0-100 km/j dalam masa 7.7 saat.

Varian biasa ini disumbat dengan pek bateri jenis LFP 84.5-kWh dimana dengan hanya sekali cas, ia boleh bergerak sejauh sehingga 480 km.

image is not availableimage is not available

Beralih kepada varian Long Range, varian ini mendapat pek bateri NMC 101.15-kWj dimana ia boleh bergerak sejauh 575 KM (WLTP).

Malah, varian Long Range 2WD juga menggunakan tetapan motor elektrik tunggal yang sama seperti varian Standard, kerana Bermaz Xpeng memutuskan untuk tidak menawarkan versi motor berkembar AWD bagi MPV.

Selain itu, semua varian X9 menyokong platform SEPA 2.0 sekali gus memberikan MPV dengan kadar DCFC sehingga 330 Kw.

image is not available

Ini bermakna pengecasan dari 10-80% hanya mengambil masa dalam 20 minit.

Sama seperti pasaran Singapura, X9 untuk Malaysia juga akan tersedia dalam konfigurasi tujuh tempat duduk dengan susun atur 2-2-3.

Tempat kedua barisan kedua akan mendapat dua tempat duduk gaya kapten 'Graviti Sifar' yang bukan sahaja hadi dengan fungsi pemanasan dan berventilasi tetapi dibaringkan sepenuhnya.

Sementara itu, tempat duduk baris ketiga boleh dilipat secara automatik dan jika kerusi belakang direbahkan ruang butnya meningkat kepada 2,554 liter.

image is not availableimage is not available

Seperti mana-mana MPV mewah yang lain, X9 juga juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Ia juga hadir dengan skrin infotainmen tengah bersaiz 17.3 inci, sistem bunyi Xopera 23 pembesar suara, ada peti sejuk mini di bawah konsol tengah, meja lipat untuk penumpang di barisan kedua, sistem pencahayaan ambien pelbagai warna, dan banyak lagi.

Apa yang diketahui setakat sekarang ialah Xpeng X9 akan berada di pasaran kita pada suku kedua tahun ini.

image is not availableimage is not available

Biarpun, harganya tidak didedahkan namun kami menjangkakan harganya juga ditawarkan sekitar RM300,000 iaitu sama dengan Zeekr 009 (from RM349,800), Maxus Mifa 9 (bermula dari RM269,888), and Denza D9.

View Original Article