Bermula 1 April, MAS Airlines Larang Penumpang Guna Power Bank

LocalTravel
24 Mar 2025 • 11:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Malaysia Airlines mengumumkan bermula1 April ini, semua penumpang Malaysia Airlines, Firefly dan MASwings tidak boleh menggunakan power bank ketika berada dalam pesawat.

Di bawah garis panduan baharu, power bank tidak boleh disimpan dalam ruang penyimpanan di atas tempat duduk penumpang.

Sebaliknya perlu disimpan di dalam beg tangan yang diletakkan di bawah tempat duduk atau dalam poket tempat duduk di hadapan mereka.

image is not availableimage is not available

Menurut MAS Airlines, bagi power bank jenis pengecasan tanpa wayar magnetic pula, ia perlu disimpan di dalam beg khas atau sarung pelindung.

“Ia bagi mengelakkan risiko diaktifkan secara tidak sengaja,” katanya menerusi laman web rasmi.

Selain itu, para penumpang dilarang mengecas telefon bimbit mereka semasa penerbangan.

Malah, power bank serta bateri lithium-ion tambahan langsung tidak dibenarkan dibawa dalam bagasi daftar masuk.

image is not available

Polisi baharu ini diperkenalkan bagi memastikan tahap keselamatan penerbangan yang lebih tinggi, berikutan beberapa insiden berkaitan bateri litium yang dilaporkan sebelum ini.

Terdahulu, pesawat Air Busan terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae, Korea Selatan, pada Januari lalu.

Kementerian Pengangkutan Korea Selatan menyifatkan power bank berkemungkinan menjadi punca yang menyebabkan kebakaran pesawat terbabit.