Bermula 16 Disember Ini, AirAsia Akan Mulakan Penerbangan Singapura-Sibu

30 Nov 2022 • 9:39 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Penerbangan Singapura-Sibu menggunakan AirAsia.

Bermula 16 Disember Ini, AirAsia Akan Mulakan Penerbangan Singapura-Sibu. Dipetik daripada BERNAMA, syarikat penerbangan AirAsia akan memulakan penerbangan dari Singapura ke Sbu dengan kekerapan sebanyak empat kali seminggu bermula 16 Disember tahun ini.

Kita akan ada penerbangan dari Singapura-Kuching dan Singapura-Miri. Kita semakin hampir kembali kepada keadaan sebelum pandemik COVID-19,” menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah setelah merasmikan acara Third Business Events Tribal Meet di Kuching.

image is not available
Bermula 16 Disember Ini, AirAsia Akan Mulakan Penerbangan Singapura-Sibu. Kredit Foto: The Star

Beliau berkata penerbangan Singapura-Kuching dan Singapura-Miri akan dikendalikan oleh syarikat penerbangan Scoot.

Dalam masa yang sama, beliau juga menambah bahawa Sarawak bakal memiliki syarikat penerbangannya sendiri di rantau ini yang dijangka bermula pada tahun hadapan.

Sarawak memang sudah ada syarikat penerbangan kecil sendiri yang beroperasi di negeri ini yang digunakan kerajaan negeri dan akan memainkan peranan penting dalam syarikat penerbangan Sarawak terbabit,” jelas beliau lagi.

Lagi di sini cerita menarik buat anda: