Bermula Baik, Rating ‘Strong Girl Namsoon’ Lebih Tinggi Dari Rekod ‘Strong Woman Do Bongsoon’

Entertainment
9 Oct 2023 • 12:07 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Peminat drama “Strong Woman Do Bongsoon”, pastinya ternanti-nanti naskhah sambungannya itiu “Strong Girl Namsoon” kan?

Sudah pun menayangkan dua episod kini, sepertinya ramai yang berpuas hati dengan drama berkenaan yang diterajui oleh pelakon hebat seperti Kim Jung-eun, Lee Yoo-mi, Byun Woo-seok, Ong Seong-woo dan Kim Hae-sook.

Untuk drama susulan ini, ia membawa kisah mengenai sepupu Do Bong-soon iaitu Gang Nam-soon bersama dua generasi atasnya iaitu ibu dan neneknya yang menggunakan kekuatan luar biasa mereka bagi menyelesaikan jenayah berkaitan dadah di sekitar Gangnam.

image is not available

Dari cacatan 4.3% pada episod pertama, “Strong Girl Namsoon” menikmati peningkatan mendadak untuk episod keduanya di mana rating tersebut merekodkan angka 6.1%. Bahkan ini merupakan catatan yang lebih baik berbanding rekod dipegang episod awal “Strong Woman Do Bongsoon” sebelum ini.

Korang dah layan ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article