Bermula Dari Jadi ‘Talent’, Kini Beymad Sah Bergelar Suami Kepada Pekerja Kambing Perap

LocalEntertainment
5 Oct 2024 • 5:37 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Hari ini, tular di media sosial pendakwah muda Ahmad Yusof atau lebih dikenali sebagai Beymad telah melangsungkan pernikahan bersama seorang pempengaruh, Nurina Izzayani.

Pernikahan mereka berlangsung di Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Majlis tersebut menyaksikan Izz menerima mas kahwin sebanyak RM2,000.

Menurut info perkenalan mereka bermula daripada Beymad menjadi talent produk terkenal Pak Mat Western. Menurut Beymad dia berasa lega dan bersyukur kerana telah sah bergelar suami.

Alhamdulillah, syukur. Terima kasih juga kepada Pak Mat Western yang menjadi asbab dan perantara saya dan pasangan.

Terima kasih semua. Saya tak tahu nak cakap apa cuma bersyukur.

Sementara itu, Izz juga turut meluahkan rasa syukur kerana Allah telah mempermudahkan segalanya.

Dari talent jadi suami. Doakan kami okay.

Rata-rata warga maya mengucapkan tahniah atas pernikahan mereka berdua.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok Pakmatwestern


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved