Bermula Esok, Bandar Baru Samariang Bakal Alami Gangguan Bekalan Air

28 Nov 2022 • 12:30 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jangan lupa takung air!

Bermula Esok, Bandar Baru Samariang Bakal Alami Gangguan Bekalan Air. Dilaporkan, seluruh kawasan di Bandar Baru Samariang akan terjejas akibat gangguan bekalan air pada esok hari (29 November 2022).

Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB) berkata perkara ini adalah bagi membolehkan kerja-kerja pemasangan meter aliran.

image is not available
Bermula Esok, Bandar Baru Samariang Bakal Alami Gangguan Bekalan Air

Gangguan bermula jam 9 malam

Gangguan akan berlaku antara jam 9 malam hingga 5 pagi keesokkan harinya.

Oleh itu, JBALB menasihatkan pengguna agar pengguna menyimpan bekalan air yang mencukupi semasa tempoh gangguan bekalan.

JBALB juga turut memastikan agar bekalan air ini dapat dipulihkan secepat mungkin di kawasan yang terjejas di samping menambah bahawa sebarang kesulitan yang timbul adalah amat dikesali pihak mereka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved