Bermula Hari Ini! Jom Meriahkan Kuching Food Festival Tahun Ini Bersama

29 Jul 2022 • 12:54 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Korang dah ready ketteww?

Bermula Hari Ini! Jom Meriahkan Kuching Food Festival Tahun Ini Bersama. Penantian orang ramai terutamanya warga Kuching untuk kembali merasai kemeriahan Kuching Food Festival ini kini sudah berakhir. 

Setelah ditunda dua tahun akibat pandemik Covid-19, Kuching Food Festival telah membuat kemunculan semula untuk memeriahkan bandaraya pada tahun ini dengan lebih 250 gerai dan pelbagai jenis makanan yang anda boleh cuba!

image is not available
Bermula Hari Ini! Jom Meriahkan Kuching Food Festival Tahun Ini Bersama

Bertemakan Kuching’s Best Creative Food and Culture

Kuching Food Festival 2022 berlangsung bermula pada hari ini (29 Julai) sehingga 21 Ogos dengan bertemakan ‘Kuching’s Best Creative Food and Culture’ bertempatkan Dewan Masyarakat MBKS di Jalan Padungan, Kuching.

Dan yang paling best buat para muslim, di Kuching Food Festival juga menyediakan makanan halal. Jom kita lihat persiapan booth untuk gerai-gerai yang bakal diadakan pada hari ini:

image is not available
Sumber gambar: FB Farah San

image is not available
Bermula Hari Ini! Jom Meriahkan Kuching Food Festival Tahun Ini Bersama. Sumber gambar: IG poppis.kch

image is not available
Sumber gambar: FB Amazing Kuching 

image is not available
Sumber gambar: FB Amazing Kuching 

Lagi persiapan booth, anda boleh lihat di bawah:

Kuching Food Festival 2022 juga bakal beroperasi dari pukul 5.30 petang sehingga 11.00 malam. Pelbagai jenis makanan dan minuman akan dijual sepanjang festival dan kami pasti festival ini akan menjadi suasana yang meriah setelah ‘berehat’ selama dua tahun!

image is not available
Sumber gambar: FB Aiman Avada Kedevra Awg

Lokasi: Entrance 1 & 2 MBKS, 93450 Kuching, Sarawak (Bersebelahan SRJK Chung Hua No.3)
Waktu beroperasi: 5.30 petang – 11.00 malam

Lagi event-event untuk anda mengisi masa lapang! Baca pautan di bawah: