Bermula Minggu Depan Aplikasi MYJalan KKR Sudah Boleh Digunakan

Digital
25 Aug 2023 • 2:12 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Baru-baru ini, aplikasi MYJalan KKR yang dibangunkan Kementerian Kerja Raya (KKR) untuk menggalakkan orang awam menyalurkan maklumat mengenai kerosakan jalan raya agar dapat dibaik pulih sudah boleh digunakan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexande Nanta Linggi berkata, kempen MYJalan KKR akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Khamis ini.

Kempen MYJalan akan dilancarkan pada Khamis ini dan aplikasi MYJalan KKR sudah ada dan boleh digunakan.

image is not available

Malah, aplikasi mobil itu ialah platform aduan setempat bagi memudahkan pengguna membuat aduan yang mana semua jenis aduan jalan diterima walaupun bukan di bawah penyelenggaraan KKR.

Dalam pada itu, aplikasi MYJalan KKR boleh dimuat turun pengguna Apple menerusi App Store atau Google Play untuk pengguna Andorid.

Kredit: Bernama

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Kalau bab etika pemakaian ni bergantung kepada situasi dan keadaan. Pandai-pandai fikir la eh.

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media