BERNAS ubah nasib pesawah: Lonjak pendapatan kepada rm12,800/hektar

LocalBusiness & Finance
16 Sep 2026 • 8:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: BERNAS ubah nasib pesawah: Lonjak pendapatan kepada rm12,800/hektar

PERMATANG PAUH – Daripa­da pen­dapatan kasar kira-kira RM4,800 kepada RM12,800 se­hek­tar, perubahan yang dialami Hal­mi Desa membuktikan hasil sawah yang lebih tinggi mampu mem­bawa perbezaan besar kepada
k­e­hidupan pesawah.

Hasil sawah Halmi meningkat ham­­pir tiga kali ganda, daripada ha­nya 2.4 tan metrik (MT) sehektar pa­da Musim 1/2025 kepada 6.4 MT pada Musim 1/2026 sele­pas me­nyertai SMART Sawah Ber­ska­la Besar (SMART SBB) yang dilak­sanakan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS).

“Bagi saya sendiri, perubahan itu sangat jelas. Sebelum menyertai SMART SBB, hasil sawah saya ha­nya sekitar 2.4 MT sehektar atau RM4,800 sehektar.

“Selepas mengikuti pendekatan model pengurusan yang diper­ke­nalkan oleh BERNAS melalui pro­g­ram ini, hasil meningkat kepada 6.4 MT sehektar. Dengan hasil tersebut, pendapatan kasar daripada sawah saya boleh mencecah sekitar RM12,800 sehektar,” katanya baru-baru ini.

Halmi yang juga Ketua Projek SMART SBB BERNAS Permatang Pauh berkata, peningkatan ha­sil kira-kira 167 peratus itu me­ngem­balikan keyakinannya terha­dap potensi tanaman padi sebagai sumber rezeki keluarga yang berdaya maju.

Perubahan itu bukan hanya me­libat­kan Halmi. Seramai 57 pesawah di Kampung Sama Gagah dan Ke­pala Bukit, di sini menyertai program ter­sebut, dengan purata hasil peserta meningkat daripada 1.79 MT kepada 4.06 MT sehektar.

Purata pendapatan kasar peserta pula melonjak daripada RM3,580 kepada RM8,120 sehektar, iaitu peningkatan 127 peratus. Kawasan tanaman yang diusahakan turut berkembang daripada kira-kira 95 hektar pada Musim 2/2025 kepada 119 hektar pada Musim 2/2026.

Image from: BERNAS ubah nasib pesawah: Lonjak pendapatan kepada rm12,800/hektar
Halmi Desa

Menurut Halmi, sebelum ini pesawah berdepan hasil tuaian yang rendah dan tidak menentu, kos operasi yang meningkat serta kekangan modal sebelum memulakan musim penanaman. Keadaan itu menyebabkan ada pesawah hampir berputus asa untuk terus mengusahakan sawah.

Melalui inisiatif Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang dilaksanakan BERNAS itu, pengurusan sawah diselaraskan secara berkelompok dengan jadual kerja ladang yang lebih terancang, penggunaan input bersesuaian dan mekanisasi moden, serta penerapan pertanian pintar.

“Jadual kerja ladang yang disediakan BERNAS memastikan setiap aktiviti dilakukan mengikut masa yang ditetapkan, daripada penye­diaan tanah, penanaman, pembajaan, kawalan perosak dan penyakit serta pengurusan air sehingga musim me­nuai.

“Apabila aktiviti ladang dilakukan secara teratur dan mengikut ke­perluan tanaman, pengurusan sawah menjadi lebih tersusun dan hasil juga dapat ditingkatkan,” jelas Halmi.

Peserta turut menerima kemudahan pembiayaan modal bagi membantu menyediakan modal kerja dan input pertanian. Selain itu, BERNAS turut menyediakan pakar agronomi, pegawai teknikal di lapangan, serta menjalankan pemantauan berkala.

Pesawah juga boleh mendapat­kan nasihat berkaitan tanaman me­nerusi pembantu kecerdasan buatan (AI) yang boleh diakses melalui WhatsApp, khusus­nya apabila mereka memerlukan mak­lumat lebih pantas berkaitan isu tanaman.

Pada peringkat awal, kata Halmi, terdapat pesawah yang masih ragu-ragu dan mahu melihat sendiri keberkesanan pendekatan pengu­rusan sawah yang lebih teratur. Namun, sikap itu berubah selepas peningkatan hasil mula kelihatan pada musim pertama.

Image from: BERNAS ubah nasib pesawah: Lonjak pendapatan kepada rm12,800/hektar
Penggunaan dron meningkatkan daya saing penanaman dan pengeluaran hasil padi pesawah.

Bagi pesawah asnaf, Kamarudin Ismail, 64, perubahan paling besar ialah kehidupan yang menjadi lebih stabil selepas lebih dua dekad bergantung sepenuhnya pada tanaman padi.

“Perubahan yang paling ketara ialah peningkatan pendapatan ke­rana sebelum ini saya mengusaha­kan sawah secara bersendirian de­ngan hasil yang tidak menentu, te­tapi sekarang hasil semakin me­ningkat.

“Paling penting, kemudahan pem­biayaan modal daripada BERNAS membantu kami mengurus ke­perluan modal kerja dengan le­bih baik tanpa terlalu memikirkan kekangan kewangan pada awal mu­sim penanaman,” katanya.

Kamarudin berkata, peningka­tan pendapatan bukan sahaja mem­bolehkannya menyara keluar­ga, malah menunaikan zakat daripa­da hasil tanaman padi.

Halmi berkata, hasil yang lebih baik kini mendorong semakin ramai pesawah mengikuti jadual dan panduan yang diberikan. Kejayaan itu, katanya, bukan bergantung pada bantuan kewangan semata-mata, te­tapi turut memerlukan disiplin, pemantauan berterusan, dan kerja­sama semua pihak.

Pelaksanaan program itu turut mendapat kerjasama Jabatan Pertanian Pulau Pinang, Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Pulau Pinang, Jabatan Pe­ngairan dan Saliran Pulau Pinang, serta Pertubuhan Peladang Kawasan.

Menurut Halmi, peningkatan ha­sil dan pendapatan yang dapat diukur itu penting untuk meyakinkan pesawah supaya terus mengusahakan sawah serta membantu gene­rasi baharu melihat sektor padi sebagai bidang yang mempunyai potensi ekonomi dan masa depan.

 

 

 

The post BERNAS ubah nasib pesawah: Lonjak pendapatan kepada rm12,800/hektar appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved