Bernilai Puluhan Juta, Song Joongki & Isteri Miliki Rumah Di Seoul, Rome & Hawaii

Music
5 Sep 2023 • 4:52 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Sejak berkahwin, nampaknya Song Joong-ki lebih selesa berada di luar negara bagi bersama isterinya, Katy yang baru bersalin Jun lalu.

Dalam rancangan “Free Doctor”, para wartawan telah mendedahkan kediaman luar negara beberapa selebriti popular termasuklah Song Joong-ki,

Dia tinggal di Rome, Itali, kampung isterinya selepas menimang anak Jun lali. Song Joong-ki mempunyai beberapa kediaman termasuklah di Hawaii, Seoul dan Rome.

Menurut pakar hartanah, kondominium lelaki itu di Hawaii terletak di kawasan mewah Kaka’ako di mana ia bernilai 2.77 bilion won (RM10 juta) semasa dibeli. Malah ia popular dalam kalangan orang berada kerana menghadap pemandangan panorama Diamond Head dan Pantai Waikiki.

image is not available

Dalam pada itu, Song Joong-ki mengumumkan perkahwinan bersama pelakon dari United Kingdom iaitu Katy Louis Saunders pada Januari. Selepas mendaftarkan perkahwinan, mereka menimang cahaya mata lelaki pada Jun seterusnya.

Kayanya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.