Berniqab tapi peluk lelaki, netizen dakwa Ruhainies persenda agama?

Entertainment
22 Apr 2024 • 12:01 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon sensasi, Ruhainies kembali mengundang kecaman netizen setelah didakwa memeluk seorang lelaki dipercayai bukan mahramnya selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah sehingga dianggap tidak sopan dan jelik.

Netizen dakwa Ruhainies persenda agama?

image is not available

Foto: Hlive

Berpelukan dengan kawan lelaki?

Menerusi pautan video dikongsi Hlive di Instagram, Ruhainies dilihat berpelukan dengan kawan baik lelaki yang menyambut ketibaannya setelah pulang dari Tanah Suci.

Dalam pada itu, pelakon terbabit dan kakaknya Risteena Munim dilihat masih mengenakan jubah dan niqab berwarna hitam sekali gus mengundang tanda tanya buat netizen.

Netizen mendakwa bahawa tindakan Ruhainies yang mengenakan pakaian sunnah tetapi melakukan perkara tidak baik seolah-olah mempersendakan agama Islam.

Malah, rata-rata pengguna media sosial turut menyuarakan cara berpakaian Ruhainies yang dilihat tidak sepenuhnya mematuhi syariah kerana tidak memakai stoking lengan sekali gus membiarkan sahaja tangannya dilihat bukan mahram.

Purdah tapi peluk bukan mahram?

image is not available

Lengan nampak, dada nampak. Apa motif?

image is not available

Berpurdah tapi peluk lelaki?

image is not available

Kawan lelaki Ruhainies mohon maaf

Sementara itu, rakan baik Ruhainies yang dikenali sebagai Zahar Bubu dilihat telah memuat naik status meminta maaf dan mengaku kesalahan yang dibuatnya selain bertindak memadam video berkenaan.

image is not available

Foto: IG @zaharzbubu

Terdahulu, Ruhainies atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas mengerjakan ibadah umrah sekali gus menjalani ibadah puasa dan meraikan Aidilfitri di sana.

Sebelum itu, Ruhainies terpalit kontroversi melibatkan Aliff Aziz susulan mereka dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 9 Mac lalu.

Sumber: IG Hlive & Zahar Bubu