
Perhubungan sesama manusia sering digelar sebagai bidang mulia dalam perkidmatan awam kerana ia sudah lama menjadi penyemaian keluhuran akal, hati nurani dan budi pekerti sebagai matlamat utama setiap organisasi. Setiap bangsa memerlukan suatu impian yang dapat membimbing dan memupuknya kearah suatu matlamat yang luar biasa dan berpandangan jauh. Setiap orang memerlukan wawasan yang sebati dengan minda dan jiwanya untuk hidup bahagia dengan masyarakatnya sepanjang hayatnya.
Sejarah Islam dan umat Islam telah memasuki fasa baru perubahan yang pesat. Adalah penting bahawa keinginan mereka kepada perubahan dalam masyarakat Islam dan dunia diarah oleh pemahaman yang mendalam tentang dinamik perubahan. Kewujudan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) adalah untuk wacana ini.
Saudara Viqar Ahmed Bin Mohammad, Pengarah Hal Ehwal Antarabangsa MAPIM menyatakan “Sejarah Islam secara jelas telah sampai ke suatu tahap di mana umat Islam telah menyedari bahawa mereka berada di dalam keadaan untuk memulakan, mengarah dan mengawal perubahan besar dalam masyarakat mereka dan memainkan peranan penting dalam menyeraras organisasi dan masyarakat. Hakikat sebenarnya kita menghadapi keadaan sejarah dan cabaran pengurusan organisasi pada setiap hari.”
Viqar menambah kata bahawa “Negara, organisasi, masyarakat. kebudayaan, malahan tamadun yang berjaya adalah yang boleh mengurus, mengarah, memandu, sentiasa mempengaruhi, menduga, memantapkan lagi dan mengawal kuasa perubahan. Oleh itu, kemajuan teori, analisis falsafah dan applikasi teknologi boleh melonjak perubahan.”
Saya bersetuju dengan saranan Viqar bahawa sumber-sumber fizikal dan ilmu tamadun Islam seharusnya digunakan untuk mencapai matlamat-matlamat organisasi demi Islam dan manusia sejagat. Malah sejarah Nabi Muhammad SAW dan Sunnahnya adalah model-model asas yang menjadi contoh kaedah perubahan sejarah Islam. Suasana sejarah yang dihadapi oleh Islam dan umatnya sekarang menuntut bahawa prinsip-prinsip utama dan bentuk-bentuk struktural hikmah atau kaedah Nabi Muhammad SAW. Bidang Sirah ini mewakili peti-khazanah Islam yang berpotensi dan terserlah paradigmanya. Lautan ke arah gedung-khazanah Islam ini terbuka untuk pemakaian Sirah Nabi.
Kesimpulan perbincangan, kami akur bahawa Sirah dilindungi oleh alQuran dan rekod perubahan sistematik suasana sejarah Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Zulkifly Baharom adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.
