Berpakaian Seksi Ketika Sambut Tahun Baharu, Netizen Tanya Adakah Ini Azam Baharu Riena Diana

Entertainment
2 Jan 2023 • 10:06 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Riena Diana - Gambar Instagram Riena Diana

Seluruh dunia baru sahaja menyambut kedatangan tahun baharu 2023 pada Ahad lalu, dan menjadi acara kebiasaan untuk meraikannya. Tidak terkecuali pelakon yang semakin meningkat naik iaitu Riena Diana.

Menerusi hantaran yang dimuatnaik pelakon drama 'Kampung People' itu di akaun Instagram, dia telah berkongsi beberapa gambar terkininya sewaktu menyambut kedatangan tahun baharu.

Namun, apa yang menjadi perhatian netizen ialah pakaian yang dipakai oleh Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal yang kelihatan lebih seksi daripada kebiasaannya. 

Riena telah memakai pakaian berwarna hitam tidak berlengan yang menampakkan sebahagian daripada perutnya.

Disebabkan itu ada netizen yang meninggalkan komen bahawa salah satu azam tahun baharu Riena adalah untuk berpakaian seksi.

Gambar tersebut juga tidak terlepas daripada komen-komen nakal serta komen-komen yang berbaur lucah.

image is not available
Komen netizen di Instagram Riena Diana - Tangkapan layar Instagram

Terdahulu media melaporkan Riena telah putus cinta bersama kekasihnya setelah empat tahun menjalin hubungan cinta. - Getaran, 2 Januari 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved