Berpurdah, Neelofa Buka Cerita Sudah Lama Punya Hasrat Untuk Memakainya

7 Aug 2022 • 8:03 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Neelofa berkata, bahawa setiap orang sebetulnya perlu mempunyai hasrat untuk berubah. - Gambar fail

Selain Mizz Nina, tiada siapa yang menyangka bahawa pengacara, pelakon dan fashionista, Neelofa akan berubah dan berhijrah tatkala namanya sedang memuncak dalam dunia hiburan dan fesyen tempatan.

Menyentuh tentang hal ini, Neelofa berkata, bahawa setiap orang sebetulnya perlu mempunyai hasrat untuk berubah.

“Hari-hari suara kecil kita mesti kena ada untuk menjadi orang yang banyak bersedekah, banyak harta diberikan kepada jalan Allah, jadi orang yang lebih banyak berzikir dan mampu bangun malam untuk bersolat.

“Saya sendiri pun kena ada suara-suara ke arah itu dan secara tidak langsung, badan kita akan bertindak ke arah itu.

“Kalau tiada suara-suara itu, kita perlu risau. Sebab orang seperti ini kita akan jadi manusia yang akan kata, nanti dululah, berseronok dululah atau masih muda lagilah,” katanya sewaktu diwawancara menerusi program Wanita Hari Ini.

Jelas Neelofa lagi, dia juga sebetulnya sudah lama menyimpan hasrat untuk memakai purdah.

“Tapi, saya diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk memakainya dengan lebih awal dan saya akui ia bukan sesuatu yang mudah.

“Saya bukanlah budak Madrasah, bukan budak yang belajar dalam aliran bahasa Arab, bukan juga seorang hafizah.

“Saya ini datang daripada dunia seni. Seorang pengacara, pelakon yang terlibat dalam dunia fesyen. Memang kena mujahadah (berjuang dan bersungguh-sungguh), kena susah payah kena usaha dan istiqamah dalam usaha agama ini,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Neelofa juga baka muncul di dalam program Sembang Viral bersama hos program tersebut iaitu Datuk Rosyam Nor di TV9 esok, bermula jam 9.30 malam.

Sebagai seorang yang sentiasa tidak lari daripada dihinggapi kontroversi, kemunculan Neelofa pastinya adalah berkaitan dengan segala kontroversi yang melibatkan dirinya di media sosial.

“Cukup-cukuplah. Penat saya nak jawab. Netizen di Malaysia ni selalu berasakan mereka ini mempunyai kuasa. Jadi, kenapa saya seorang sahaja yang kena kecam. Artis lain pun figura juga?” soalnya.

Nak tahu selanjutnya, kenalah saksikan Sembang Viral bersama Neelofa. -  Getaran, 7 Ogos 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved