Berryfull kini berwajah baharu, elak pengguna beli barangan tiruan

27 Jul 2023 • 10:03 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pada 22 Julai yang lalu, produk makanan tambahan, Berryfull mengadakan Zumba With Fasha Sandha di Ruwang @1, Kuala Lumpur.

Acara ini diadakan bersempena dengan pelancaran pembungkusan baru Berryfull untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan peniruan produk oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

image is not available

Kerap timbul isu produk tiruan

Menurut CEO Inayah Beauty, Dini Qistina Binti Latifi, pihaknya mendedahkan kerap berdepan dengan isu produk tiruan daripada pihak luar dan bimbang sekiranya ada individu yang tertipu membeli produk tiruan.

“Ia sangat bahaya dan boleh menjejaskan prestasi kami yang sentiasa menjaga kualiti produk.”

image is not available

Barcode mudahkan pengguna bezakan produk asli dan tiruan

Susulan itu, pihak Inayah Beauty mengambil keputusan untuk menukar pembungkusan mengikut tempoh tertentu dan pada masa yang sama meletakkan barcode bagi memudahkan pembeli membezakan produk original dan tiruan.

Fasha bawa tuah!

Sekadar info, sejak kehadiran pelakon populr, Fasha Sandha sebagai duta produk Berryfull, jenama Inayah Beauty kini berjaya meraih jualan paling tinggi iaitu lebih 400,000 jar dalam tempoh kurang satu tahun.

image is not available