Bersaiz Mini, Touch ‘n Go eWallet Perkenalkan ‘Soundbox Pocket’ Yang Mudah Dibawa Ke Mana-Mana

TechnologyBusiness & Finance
15 Nov 2024 • 3:11 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, Touch ‘n Go eWallet telah memperkenalkan Soundbox yang boleh dipakai oleh pekedai.

Soundbox memudahkan pengguna untuk mengetahui pembayaran masuk melalui kod QR, di mana Soundbox tersebut akan menyuarakan setiap transaksi masuk ke akaun pengguna.

image is not available

Terbaru, pihak Touch ‘n Go memperkenalkan variasi barunya, Soundbox Pocket.

Soundbox Pocket ini mempunyai reka bentuk yang lebih nipis dan boleh digantung pada leher atau diselitkan ke dalam poket baju.

image is not available

Peranti ini sesuai digunakan oleh pelbagai golongan, termasuk peniaga yang menggunakan motosikal atau basikal, pemandu teksi, penghantar barang, dan lain-lain.

Soundbox Pocket ini dijual pada harga RM230 dan disertakan dengan langganan tahunan sebanyak RM80 (bermula dari tahun kedua) untuk kad SIM yang telah sedia terbina di dalamnya.

image is not available 5 days ago

"Dah Boleh Lupakan LinkedIn & Indeed.."- Lebih Membantu, Individu Kongsi Cara Cari Kerja Guna ChatGPT