Bersatu Bahagian Kuala Kangsar, Labuan diurus sementara badan kepimpinan negeri: Hamzah

Politics
2 Nov 2023 • 5:40 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu memutuskan badan kepimpinan negeri akan mengambil alih pengurusan Bahagian Kuala Kangsar dan Labuan, selepas dua Ahli Parlimennya mengisytiharkan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, langkah itu diambil sementara menunggu keputusan Lembaga Disiplin terhadap Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman yang merupakan ketua bahagian di kawasan tersebut.

“Seluruh Ahli Parlimen Bersatu kekal istiqamah bersama kepimpinan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan sebarang cubaan pihak luar untuk memecah-belahkan kesatuan parti melalui tindakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan Labuan tidak akan berjaya.

“Justeru, Bersatu tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku disiplin dalam kalangan ahli, khususnya membabitkan Ahli Parlimen mahupun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Iskandar Dzulkarnain yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan Suhaili (Labuan) menzahirkan sokongan kepada kepimpinan Anwar.

Menurut mereka, keputusan itu diambil selepas meneliti rintihan berterusan rakyat dan menitikberatkan keperluan mendesak untuk menangani masalah kenaikan kos sara hidup di kawasan masing-masing.

Sementara itu, Hamzah turut memaklumkan Naib Presiden Bersatu, Datuk Radzi Jidin dilantik sebagai Ketua Bersatu Wilayah Persekutuan, berkuat kuasa serta-merta bagi menggantikan Suhaili. – 2 November, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved