Bersatu demi rantau! PM Anwar bertemu Hun Manet, sepakat kukuh kerjasama pelbagai bidang

LocalPolitics
26 May 2025 • 7:59 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Malaysia dan Kemboja bersetuju untuk memperkukuh kerjasama dua hala dalam pelbagai sektor strategik demi manfaat rakyat dan kestabilan serantau.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet di sela sela Sidang Kemuncak ASEAN ke 46 yang berlangsung di ibu negara.

image is not available

Kredit Foto: Sadiq Asyraf

image is not available

Kredit Foto: Sadiq Asyraf

PM Anwar bertemu Hun Manet

Pertemuan itu memberi tumpuan kepada usaha memperluas kerjasama dua hala melibatkan bidang pelaburan, perdagangan, industri halal, keselamatan siber, perbankan Islam, tenaga, pertahanan, pelancongan, pertanian dan pendidikan.

“Kami membincangkan terkait kerjasama antara kedua dua negara yang perlu terus diperkukuh demi manfaat dan kesejahteraan bersama,” kata Anwar dalam satu kenyataan.

image is not available

Kredit Foto: Sadiq Asyraf

Jelasnya, hubungan erat antara Malaysia dan Kemboja adalah lambang kesungguhan kedua dua negara untuk menjadi pemain penting dalam mencorak masa depan rantau ini.

“Kerjasama erat ini adalah manifestasi kesungguhan kedua dua negara untuk memainkan peranan aktif dalam membentuk rantau yang aman, stabil dan makmur,” ujarnya lagi.

image is not available

Kredit Foto: Sadiq Asyraf

Pertemuan itu menjadi salah satu agenda penting sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN ke 46 yang turut disertai pemimpin utama Asia Tenggara dan pemimpin negara rakan strategik rantau ini.

Sumber: FB Anwar Ibrahim