Bersatu gagal cabar tindakan SPRM beku, sita dua akaun bank

LocalPolitics
18 Jun 2026 • 5:33 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Bersatu gagal cabar tindakan SPRM beku, sita dua akaun bank

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak semakan kehakiman dikemukakan Bersatu bagi mencabar keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membeku dan menyita dua akaun bank parti itu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Aliza Sulaiman (kini Hakim Mahkamah Rayuan) selepas mendapati tindakan SPRM tidak menyalahi undang-undang.

Hakim berkata, mahkamah berpuas hati pemohon gagal membuktikan keputusan, tindakan atau kecuaian responden dipengaruhi unsur di luar luasa, ketidaksahan, kecacatan prosedur, tidak rasional, berniat jahat, pelanggaran jangkaan sah atau penyalahgunaan kuasa.

Keputusan berkenaan disampai dalam prosiding menerusi aplikasi Zoom.

Tiada sebarang perintah mengenai kos dikeluarkan oleh mahkamah.

Pada 29 Mac 2023, Muhammad Suhaimi dan Tan Sri Muhyiddin Yassin memfailkan permohonan itu dengan menamakan SPRM, Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu Tan Sri Azam Baki, kerajaan serta 17 yang lain selaku responden.

Pada 19 April 2023, Bersatu mendakwa akaun bank CIMB dan AmBank parti itu disita tanpa sebarang perintah penyitaan dikeluarkan mengikut Seksyen 50(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA).

Parti itu juga mendakwa SPRM mengeluarkan kenyataan pada 20 April 2023 menyatakan kedua-dua akaun disita pada 11 April 2023, namun ia tidak pernah dimaklumkan mengenai penyitaan pada tarikh berkenaan. - 18 Jun, 2026

The post Bersatu gagal cabar tindakan SPRM beku, sita dua akaun bank appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved