
KOTA MARUDU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Ketua Badan Pemimpin Bersatu Sabah tetap yakin bahawa Bersatu bahagian Kota Marudu akan tetap wujud dan terus berjuang bersama dengan komponen parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di sini.
Hajiji berkata, beliau melihat GRS sebagai satu gabungan yang kuat dan diterima oleh rakyat termasuk di sini dan beliau yakin kekuatan itu masih utuh meski ada yang meninggalkan gabungan berkenaan.
