Bersatu Pecat Saifuddin Abdullah

LocalPolitics
6 Jan 2026 • 9:04 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Bersatu Pecat Saifuddin Abdullah

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) — Bersatu memecat ahli Majlis Pimpinan Tertingginya Datuk Seri Saifuddin Abdullah, berkuat kuasa hari ini.

Perkara itu disahkan Ketua Penerangan Armada Bersatu Malaysia Harris Idaham Rashid ketika dihubungi Bernama sebentar tadi.

“Ya betul (pemecatan itu). (Ini kerana) Beliau sebelum ini pernah dalam platform terbuka mengkritik Presiden Bersatu (Tan Sri Muhyiddin Yassin).

“Beliau telah diberi peluang bagi membela diri dan mesyuarat Lembaga Disiplin yang bermesyuarat semalam telah memutuskan pemecatan beliau,” katanya.

Harris Idaham berkata Saifuddin telah melanggar Klausa 9.1.4 Perlembagaan parti, namun tidak memperincikan kesalahan khusus yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota itu.

Sementara itu, Saifuddin ketika dihubungi mengesahkan bahawa beliau telah dipecat sebagai ahli Bersatu.

Saifuddin yang juga bekas Pengerusi Perikatan Nasional Pahang memaklumkan beliau menerima maklumat mengenai perkara itu hari ini.

“Saya akan membuat rayuan dalam beberapa hari lagi,” katanya.

Sumber: BERNAMA

The post Bersatu Pecat Saifuddin Abdullah appeared first on Siakap Keli.