Bersatu restu dua ADUN sokong Wan Rosdy

LocalPolitics
26 Aug 2026 • 10:57 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bersatu restu dua ADUN sokong Wan Rosdy

PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membenarkan tindakan terhadap dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyatakan sokongan pada Kerajaan Pahang.

Dua wakil rakyatnya itu adalah ADUN Kuala Sentul, Datuk Jasri Jamaluddin dan ADUN Lepar, Mohd Yazid Mohd Yunus.

Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, Bersatu mengambil maklum tindakan Jasri dan Mohd Yazid yang menyatakan sokongan pada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Menurut beliau, tindakan itu dibuat melalui satu pemeteraian perjanjian persefahaman yang telah ditandatangani oleh Wan Rosdy dan kedua-dua ADUN tersebut.

“Kedua-kedua ADUN tersebut telah menyatakan hasrat mereka kepada pucuk pimpinan parti untuk berbuat demikian dan menyerahkan kepada parti untuk membuat keputusan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Ahmad Faizal berkata, Biro Politik Bersatu yang dipengerusikan oleh Presiden, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin telah membincangkan mengenai perkara dari segela sudut.

Katanya, Muhyiddin secara dasarnya menyokong tindakan dua ADUN tersebut.

“Keputusan ini dibuat untuk menjamin kestabilan politik di negeri Pahang.

“Dan memastikan kebajikan rakyat di kedua-dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada kerajaan Pahang,” katanya. – UTUSAN

The post Bersatu restu dua ADUN sokong Wan Rosdy appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved