Bersatu Sabah sambut baik penarikan diri SAPP dari PN

LocalPolitics
18 Dec 2024 • 5:07 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

KOTA KINABALU: Bersatu Sabah menyambut baik keputusan Parti Maju Sabah (SAPP) menarik diri daripada Perikatan Nasional (PN), menyifatkannya sebagai langkah tepat memandangkan parti terbabit jelas tidak selaras dengan aspirasi gabungan itu di Sabah.

Setiausaha Badan Pimpinan Bersatu Sabah Yunus Nurdin, berkata perkara itu sudah dibincangkan dan dipersetujui dalam mesyuarat pada Sabtu (14 Disember).

AdvertisementKatanya, Presiden Bersatu Sabah Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, menegaskan bahawa tindakan dan kenyataan SAPP membuktikan mereka bukan rakan kerjasama untuk pilihan raya negeri yang akan datang, dan mendoakan kejayaan mereka.

“Mesyuarat turut membincangkan persiapan PN bagi menghadapi pilihan raya, termasuk memperkukuhkan jentera pilihan raya Bersatu dan Perikatan Nasional di semua peringkat.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more “Bersatu akan memulakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi yang akan ditandingi oleh PN bersama parti-parti gabungan PN dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan.

PN Sabah terdiri daripada Bersatu, PAS, Gerakan, dan Parti Masyarakat India Malaysia (MIUP).

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Presiden SAPP Datuk Seri Yong Teck Lee, pada hari sama, mengumumkan keputusan partinya untuk keluar daripada PN.

Beliau turut mencadangkan kepada majlis tertinggi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) agar gabungan tempatan itu bertanding di kesemua 73 kerusi.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Yong menjelaskan langkah itu penting bagi menegakkan hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 dan mencerminkan aspirasi rakyat yang mahukan kerajaan yang mengamalkan “federalisme tulen”.

SAPP adalah salah satu daripada tujuh komponen dalam gabungan GRS.