Bersatu Sarawak minta 12 kerusi untuk PRU16

LocalPolitics
30 Nov 2024 • 6:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu kali ke-7 berlangsung selama tiga hari di Pusat Konvensyen Ideal, Shah Alam.

SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sarawak meminta 12 kerusi untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Ahli Badan Pimpinan Bersatu Sarawak, Dr Ambrose Labang Anak Jamba berkata, ia susulan parti berkenaan mendapat sambutan baik daripada rakyat di Sarawak.

“Jadi inilah peluang terbaik untuk kita kerana kini Bersatu sahaja pembangkang yang kuat di sana selebihnya kerajaan.

“Bersatu Sarawak memang sudah ada, hanya peringkat nasional beri kita kelulusan dan sokongan. Sekurang-kurangnya 12 bahagian sudah bersedia untuk pilihan raya negeri (PRN),” katanya dalam sidang akhbar pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu kali ke-7 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) pada Sabtu.

Ketika ditanya mengenai keyakinan Bersatu Sarawak untuk bertanding, Ambrose memberitahu bahawa peluang untuk menang itu wujud, namun ia bergantung kepada sokongan yang diberikan.

Dalam usaha untuk mengukuhkan Bersatu di Sarawak, beliau berkata, pemimpin lain perlu turun untuk memberi sokongan dan turun padang ke bahagian di negeri itu.

“Kami sudah lama bersedia, sewaktu PRU pun kami sudah bersedia tetapi tidak diberi peluang,” ujarnya.