Bersatu sertai PRN Melaka guna simbol bunga raya

LocalPolitics
5 Oct 2026 • 7:11 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bersatu sertai PRN Melaka guna simbol bunga raya

PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan menggunakan simbol parti.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Biro Politik parti yang dipengerusikan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, Bersatu bersedia untuk membincangkan dan memperhalusi bentuk kerjasama atau electoral pact dengan mana-mana parti.

“Keputusan untuk mewujudkan electoral pact dalam PRN Melaka adalah bertujuan untuk mengoptimumkan potensi bagi menjamin kestabilan dan kelangsungan pentadbiran Kerajaan Negeri yang moderate dan progresif demi kesejahteraan rakyat Negeri Melaka,” katanya dalam kenyataan.

Justeru itu Mohamed Azmin berkata, Bersatu akan memuktamadkan kerusi-kerusi yang akan ditandingi dalam masa terdekat.

“Bersatu merayu kepada rakyat Melaka untuk memberi peluang kepada calon-calon Bersatu untuk mewakili suara rakyat dan membawa perubahan yang hakiki dan memberikan manfaat langsung kepada semua rakyat Melaka,” katanya.-UTUSAN

The post Bersatu sertai PRN Melaka guna simbol bunga raya appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved