Bersatu tidak akan berkerjasama dengan PH pada PRU15: Muhyiddin

Politics
15 Oct 2022 • 1:54 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan parti itu telah membuat ketetapan untuk tidak mengadakan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata parti juga mengambil maklum pendirian Majlis Presiden PH yang telah membuat keputusan untuk tidak mengadakan kerjasama dengan Bersatu.

“Selaras dengan prinsip demokrasi dan kebebasan rakyat memilih, Bersatu bersedia untuk menghadapi pertandingan pelbagai penjuru dalam PRU15 melibatkan PN, BN, PH dan parti-parti politik lain yang akan bertanding,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhyiddin berkata Bersatu akan memberikan tumpuan kepada usaha untuk memperkukuhkan PN bersama PAS, Gerakan, Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah sebagai gabungan politik pelbagai kaum yang berhasrat menawarkan kepimpinan bebas rasuah, cekap dan pihatin demi kemakmuran rakyat. - Bernama

View Original Article