Bersatu tolak peletakan jawatan Muhyiddin sebagai presiden

Politics
12 Mar 2023 • 8:06 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu sebulat suara menolak peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) sebagai presiden parti itu.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, dalam kenyataan selepas mesyuarat khas MPT malam ini, berkata ini kerana pertuduhan rasuah terhadap Muhyiddin dibuat atas jawatan beliau sebagai Presiden Bersatu dan bukannya pertuduhan atas kapasiti peribadi.

Sehubungan itu, beliau meminta semua ahli dan penyokong bersabar dan bertenang dalam menghadapi ujian yang besar terhadap presiden dan parti Bersatu itu.

Mesyuarat khas MPT tersebut dipengerusikan Muhyiddin. -Bernama