Bersepah Dan Banyak Lalat, Keadaan Sebuah Medan Selera Di Kuching Ini Undang Perhatian Netizen

6 Oct 2023 • 12:23 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Netizen ‘seru’ KKM pantau medan selera ini

Bersepah Dan Banyak Lalat, Keadaan Sebuah Medan Selera Di Kuching Ini Undang Perhatian Netizen. Baru-baru ini tular beberapa keping foto di media sosial memaparkan keadaan sebuah medan selera di Kuching dikatakan tidak terurus dan kotor.

Menerusi luahan daripada beberapa individu di Facebook difahamkan, pinggan mangkuk yang sudah digunakan pelanggan ditinggalkan di atas meja dan tidak dikutip oleh staf bertugas.

image is not available
Bersepah Dan Banyak Lalat, Keadaan Sebuah Medan Selera Di Kuching Ini Undang Perhatian Netizen. Kredit: Facebook

Lebih memburukkan lagi keadaan, pinggan dan gelas tersebut dibiarkan begitu sahaja hingga menyebabkan ia dikerumuni lalat.

Tambah netizen, keadaan itu juga menyebabkan pelanggan yang hendak menjamu selera di situ terpaksa membatalkan niat mereka disebabkan keadaan food court tersebut yang dikatakan terlampau kotor dan mula mengeluarkan bau yang kurang enak.

image is not available

Susulan itu, orang awam meminta Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) memantau keadaan medan selera di sebuah pusat beli belah di Kuching itu bagi mengatasi isu ini.

Setelah meninjau ke ruangan komen, beberapa individu tampil berkongsi pengalaman semasa berkunjung ke medan selera tersebut.

Ini respons netizen

Menurut netizen, meja-meja yang berselerak langsung tidak diurus dan dikemas oleh pekerja yang bertugas walaupun hampir 1 jam menunggu di food court tersebut.

Tambah netizen, kemungkinan pekerja ini ‘bertindak’ sedemikian gara-gara mogok atau mengalami isu dalaman bersama pihak pengurusan.

image is not available

Bukan itu sahaja, medan selera itu dikatakan dipenuhi lalat gara-gara terlalu kotor kerana pinggan mangkuk dibiarkan terlalu lama di situ.

Keadaanya yang terabai menyebabkan pelanggan ‘geli’ dan enggan untuk menikmati hidangan di food court tersebut.

image is not available

Susulan itu, selain DBKU netizen juga menyeru pihak KKM untuk ‘berkunjung’ ke premis ini bagi memantau dan menjalankan pemeriksaan di medan selera ini.

Baca lagia artikel menarik: