Bersikap telus dengan rakyat, wujud aplikasi pantau prestasi pemimpin

12 Nov 2022 • 10:01 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SUNGAI BESAR, 12 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Sungai Besar mewujudkan sistem pengurusan khidmat rakyat untuk membolehkan masyarakat memantau serta menilai prestasi pemimpin.

Saipolyazan M Yusop berkata pendekatan itu antara 10 tawaran HARAPAN Sungai Besar kepada rakyat untuk memantau prestasi ahli parlimen, ahli dewan negeri (ADN), ketua kampung serta agensi di kawasan tersebut.

“Kita bersikap telus, penduduk boleh memantau prestasi pemimpin pelbagai peringkat melalui aplikasi Prihatin Sungai Besar yang berfungsi seperti kad laporan.

“Kalau saya atau pemimpin tempatan lain ada yang perkhidmatan tak memuaskan, masyarakat akan tahu sebab boleh nampak dalam aplikasi ini,” katanya kepada Selangorkini di Parit 2, Sungai Panjang di sini, semalam.

Beliau berkata Aplikasi Prihatin Sungai Besar ini dilancarkan pada Rabu lalu dan sudah boleh diakses.

“Bagaimanapun, beberapa penambahbaikan sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa bagi memudahkan penduduk mengakses.

“Rakyat berhak mengetahui tahap perkhidmatan ditawarkan pemimpin dan agensi kerajaan kepada mereka,” katanya.

Saipolyazan bersaing denganr Datuk Seri Jamal Md Yunos dari Barisan Nasional dan Datuk Muslimin Yahaya dari Perikatan Nasional dalam pilihan raya umum ke-15.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved