Bersuka Ria Di Fun Factor Kuching, Taman Permainan Indoor Untuk Orang Dewasa

27 Jan 2024 • 11:46 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tebus masa anda dengan permainan yang tidak dapat main semasa waktu kecil dahulu!

Bersuka Ria Di Fun Factor Kuching, Taman Permainan Indoor Untuk Orang Dewasa. Memang seronok jika dapat melakukan pelbagai aktiviti bersama rakan-rakan terutamanya ketika bermain di playground indoor seperti ini. Lagi-lagi kita yang tidak berkesempatan ingin mencuba segala permainan semasa kita masih kecil lagi.

Inilah waktunya anda putar kembali masa anda dan main segala permainan indoor sepuasnya! Di Sarawak hanya terdapat beberapa tempat sahaja yang mempunyai taman permainan indoor yang seakan-akan sama dan antaranya adalah di Fun Factor yang terletak di Kozi Square Kuching.

image is not available
Sumber gambar: FB Fun Factor

image is not available

image is not available
Sumber gambar: FB Fun Factor

Ni kalau bawak kawan-kawan ni confirm penat main, penat gelak pun satu hal jugak

Lebih menyeronokkan apabila taman permainan berkenaan dipenuhi dengan alat mainan yang lasak dan melucukan jika dapat bermain bersama rakan-rakan kenalan. Selain daripada dapat berseronok, aktiviti-aktiviti seperti ini juga dapat meningkatkan tahap kecekapan masing-masing dalam melakukan perkara tersebut.

Kalau nak yang sedikit extreme, anda boleh join wall climbing dan ninja . Haaa bolehlah anda challenge kawan-kawan anda untuk fefeeling ninja warrior macam dalam TV tu!

image is not available

image is not available
Sumber gambar: FB Fun Factor

image is not available
Sumber gambar: FB Fun Factor

Just enjoy, guys!

Psst. Jangan risau, kanak-kanak tak akan melihat anda di sini, mereka pun busy main hehe jadi jangan malu kalau anda ingin bermain sepuas-puasnya di sini! Kalau pergi bersama kawan-kawan confirm penat main, penat gelak pun satu hal jugak nanti

Rasa tertarik nak mencuba? Jom ke Fun Factor di Kozi Square! Lokasi dan harga tiket masuk tertera di bawah:

Lokasi

Masa

Tiket

Unit G-11, KOZI Square, Section 21 KTLD, Jalan Tun Abang Haji Openg, 93000 Kuching.

Waktu beroperasi :

  • Isnin – Jumaat (12.00pm – 8.00pm)
  • Sabtu, Ahad, Cuti Umum dan Cuti Sekolah (9.00am – 8.00pm)

Harga tiket masuk: RM45

Boleh tempah tiket melalui

atau

Banyak lagi aktiviti menarik yang anda boleh cuba di Kuching:

https://www.iloveborneo.my/berkayak-menikmati-alam-sungai-semadang-padawan/

https://www.iloveborneo.my/penggemar-aktiviti-lasak-paintball-di-mambong/