Bersungguh tunduk ucap terima kasih, tindakan peniaga warga emas buat ramai sebak

15 Jan 2025 • 4:52 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
tunduk ucap terima kasih

Tindakan seorang peniaga warga emas bersungguh tunduk ucap terima kasih kepada pembeli membuatkan ramai sebak apabila dapat merasakan betapa dia benar-benar tulus dalam berniaga.

Perkongsian dari pengguna TikTok dikenali sebagai Fatin Syafiqaa itu telah mendapat perhatian apabila dia memuat naik momen sewaktu membeli kuih-muih yang dijual pak cik tersebut di tepi jalan.

@ftnpqa

Edit sambil nangis hm Ingat sesusah kita ada yang lagi susah.

♬ bunyi asal - takdir & waktu - takdir & waktu

Tunduk ucap terima kasih sebab beli kuih yang dijual

Dapat dilihat yang warga emas berkenaan hanya menjadikan but kereta sebagai tempat dia berniaga dan hanya menjual beberapa jenis kuih sejuk beku.

image is not available

Tunduk ucap terima kasih beli kuih dibuat isteri

Menerusi kapsyen yang disertakan, pak cik tersebut menjual kuih yang dihasilkan isterinya sendiri dan membuka jualan sekitar jam 3 petang di Sungai Isap, Kuantan.

warga emas itu turut menadah tangan mendoakan para pembeli jualannya selepas menerima bayaran.

image is not available

Ramai yang rancang nak datang

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan masing-masing meninggalkan komen menyatakan peniaga sebeginilah yang perlu disokong dengan membeli jualannya.

Mereka yang sebak dengan video terbabit turut mendoakan agar rezeki warga emas terbabit dimurahkan dan orang ramai dapat sama-sama membantu melariskan jualan makanan sejuk beku pak cik tersebut.

image is not available

Sebak tengok dia tunduk sampai macam tu

image is not available

Ada yang kata isteri pakcik ni sakit

image is not available

Sebak betul tengok video macam ni

image is not available

Semoga urusan pak cik dipermudah dan orang ramai yang ada berdekatan dengan lokasi tempat dia berniaga dapat sama-sama menyokong perniagaannya.

Sumber: TikTok Fatin Syafiqaa