Bertahun Terabai, Netizen Kecewa Lihat Keadaan ‘Projek Terbengkalai’ Di Jalan Depo Kuching

16 Feb 2023 • 4:30 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Terbengkalai sejak sekian lama

Bertahun Terabai, Netizen Kecewa Lihat Keadaan ‘Projek Terbengkalai’ Di Jalan Depo Kuching. Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yakub, juga dikenali sebagai Jalan Depo merupakan salah satu jalan raya utama bagi penduduk Samariang, Semerah Padi dan sekitarnya. Namun, keadaan jalan yang buruk akibat terbengkalainya projek naik taraf jalan ini telah menimbulkan kekecewaan dari netizen tempatan.

Projek naik taraf jalan di Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yakub terbengkalai selama beberapa tahun telah membahayakan pengguna jalan raya yang melalui jalan sekitar itu.

image is not available
Bertahun Terabai, Netizen Kecewa Lihat Keadaan ‘Projek Terbengkalai’ Di Jalan Depo Kuching. Kredit: Kuching Indah

Netizen tempatan berharap pihak berkuasa menyegerakan projek naik taraf jalan ini. Projek ini sepatutnya meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya serta memperbaiki keadaan jalan yang buruk, tetapi ia terbengkalai dan meninggalkan jalan yang semakin buruk.

Keadaan jalan yang buruk juga menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut.

Ini pula reaksi netizen

Menurut netizen, projek naik taraf tersebut mengambil masa yang lama kerana pihak kontraktor perlu membuat penggalian bawah tanah untuk sistem kumbahan. Tambah netizen proses tersebut tidak boleh dilakukan sesuka hati.

Bukan itu sahaja, keselamatan pekerja perlu diambil kira semasa proses naik taraf jalan dilakukan.

image is not available

Tambah netizen, lubang pembentungan juga terdedah dan membahayakan kepada pengguna jalan raya sekitar itu.

image is not available

Lagi komen netizen

Menurut netizen, projek itu bakal disiapkan tahun hadapan berdasarkan ‘tanda projek’ di situ. Bukan itu sahaja, pembinaan terowong bawah tanah di sekitar turut melambatkan lagi projek naik taraf tersebut.

image is not available

Netizen meminta pihak berkuasa tempatan untuk menyegerakan projek naik taraf jalan di Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yakub itu. Projek itu perlu disiapkan dengan teliti serta memastikan bahawa jalan yang dibina adalah berkualiti dan selamat untuk digunakan oleh pengguna jalan raya.

Keselamatan pengguna jalan raya adalah penting dan harus diutamakan dalam setiap projek pembinaan jalan raya.

Baca lagi artikel terkini: