“Bertakung Air Mata Ibu, Sampai Bila Nak Tipu..” – Kakak Sebak Anak Persoal Kenapa Abang Bas Tak Ambil Di Sekolah

LocalEntertainment
25 Sep 2024 • 11:05 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, akaun TikTok kakak Abang Bas menjadi perhatian selepas dia berasa sedih apabila anak perempuannya persoalkan mengapa bapa saudara sudah tidak mengambil di sekolah seperti biasa.

Difahamkan, sebelum ini memang Abang Bas yang selalu mengambil anaknya tetapi dia tidak dapat melakukan perkara tersebut susulan isu yang baru terjadi hingga mengakibatkan pemuda itu direman.

Kakak sebak anak persoal ‘mana Paksu’

Kata kakak Abang Bas lagi, dia sudah dapat agak yang anaknya akan persoalkan hal itu memandangkan orang lain yang menjemputnya selepas pulang sekolah.

Tepat tekaan ibu! Pagi-pagi dia dah tanya siapa ambil Caca balik sekolah? Ibu terus ” pakitam yang ambil, ibu tak sempat nak ambil. Caca balik awal, ibu tak boleh keluar awal.

image is not available

Kerana sering ditanya dengan soalan yang sama, wanita tersebut tidak tahu sampai bila perlu menipu bahawa bapa saudara sudah tidak dapat menjemputnya di sekolah lagi susulan kes tular itu.

Netizen turut simpati

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian, di mana rata-rata netizen turut berasa sebak apabila mendengar cerita yang diluahkan oleh kakak Abang Bas.

image is not available

image is not available 1 week ago

“Dia Tak Tahu Maksud ‘Crush’, Hanya Tiru Lepas Nampak Perkataan Itu ‘FYP’ Di TikTok” - Peguam ‘Abang Bas’