Bertatah kristal Swarovski, Prince Syed buat baju isteri bernilai RM890,000

LocalWomen's Fashion
22 May 2025 • 7:40 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed berkongsi satu video memaparkan dia menyediakan sepasang baju Hari Raya Aidilfitri sebelum ini yang dihasilkan untuk isteri tercinta Fatin Syazwani.

Prince Syed buat baju isteri bernilai RM890,000

@prince.syed.shahid

BAJU RAYA SIMPLE YANG BERNILAI RM 890K yang bertatahkan batu kristal Swarovskii asli di keseluruhan baju wife saya yang saya buat sendiri , baju viral masa raya pertama haritu , ok ni nak raya haji dah , rasa2 baju apa pulak saya akan buat untuk wife

♬ original sound - StmNir

Menerusi sebuah video di TikTok, Prince Syed atau nama lengkapnya Syed Muhammad Shah Hasif menunjukkan dirinya menyediakan sepasang baju raya bernilai RM890,000 bertatahkan batu kristal Swarovski.

image is not available

“Baju raya simple yang bernilai RM890,000 bertatahkan batu kristal Swarovski asli di keseluruhan baju isteri.

“Saya buat sendiri sahaja baju isteri ini, hari tu viral baju raya pertama masa Aidilfitri, ni dah nak raya haji rasa-rasa baju apa pula saya akan buat ni,” kata Syed pada Rabu.

Dalam perkongsian sama, Syed juga berkongsi beberapa video pendek memperlihatkan isterinya mengenakan busana mewah rona merah jambu itu bersama beberapa barang perhiasan lain ketika sambutan hari raya yang lalu.

image is not available

Meninjau ke ruangan komen netizen terkejut melihat nilai sepasang baju yang dipakai oleh Fatin dan memuji Syed sebagai seorang suami yang mithali.

Bukan itu sahaja, ada juga warganet yang meluahkan rasa kurang senang dengan perkongsian tersebut dan mengecam tindakan pempenagaruh itu dianggap terlau riak dan suka menunjuk.

Kain kalis peluru

image is not available

Boleh beli lima biji rumah

image is not available

Pelik duit banyak?

image is not available

Terdahulu, Syed pernah mengejutkan peminatnya apabila menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan menyediakan nafkah secara tunai sebanyak RM500,000 kepada isterinya bagi menampung perbelanjaan dan keperluan harian.

Sumber: TikTok Prince Syed Couture