Bertembung dengan AJL40, Konsert The Rayhan ditunda 31 Oktober

EntertainmentMusic
13 Aug 2026 • 12:20 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bertembung dengan AJL40, Konsert The Rayhan ditunda 31 Oktober

KUALA LUMPUR – Konsert The Rayhan Syukur 26 yang dijadualkan berlangsung di Mega Star Arena Sabtu ini ditunda kepada 31 Oktober di lokasi yang sama atas beberapa faktor.

Menurut penganjur acara dari Bintang Baru Event dan Magnificent G Ventures, Ikhram Zainuddin, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor antaranya pertembungan dengan konsert lain serta Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).

“Kami menerima banyak permintaan daripada peminat supaya tarikh konsert dianjakkan berikutan pertindihan dengan beberapa acara lain.

“Selepas berbincang, kita membuat keputusan tidak mahu terkejar-kejar dengan beri laluan kepada konsert lain dan pada masa sama mempunyai ruang mencukupi untuk berlatih serta membuat persiapan.

“Kami tidak mahu The Rayhan yang baru sahaja kembali bersama selepas sekian lama tidak mengadakan persembahan berskala besar, tampil dalam keadaan tergesa-gesa.

“Kita nak buat persediaan rapi berikutan The Rayhan baru ‘comeback’ dan perlukan latihan kerana mahu memberikan sesuatu yang mengimbau kenangan serta persembahan terbaik kepada semua,” katanya ketika ditemui di majlis Doa Selamat Rayhan Syukur 26, di sini, kelmarin.

Ikhram juga menyangkal dakwaan kononnya jualan tiket tidak mendapat sambutan sehingga menjadi punca utama konsert ini ditunda.

“Bila kita umum tunda, ramai yang membuat spekulasi kononnya tiket tak laku. Tetapi sebenarnya tiket sudah terjual lebih 50 peratus,” jelasnya.

Sementara itu, vokalis utama The Rayhan, Nazrey Johani berkata, dia lega dengan penangguhan terbabit kerana memberikan lebih banyak masa untuk mereka membuat persediaan.

“Saya sudah hampir 20 tahun tidak mengadakan konsert besar. Alhamdulillah, saya rasa lagi bagus dan lebih selesa apabila konsert ini ditangguhkan kerana masa untuk persediaan dan latihan lebih banyak,” ujarnya.

The Rayhan merupakan kumpulan nasyid baharu yang ditubuhkan tahun ini menampilkan bekas penyanyi kumpulan Raihan iaitu Nazrey Johani, Amran Ibrahim dan Afad. – KOSMO! ONLINE

The post Bertembung dengan AJL40, Konsert The Rayhan ditunda 31 Oktober appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved