Bertengkar Lepas Kentut Dalam Kereta, Abang Tumbuk Muka Adik Kena Penjara Seminggu

LocalPolitics
20 Sep 2024 • 12:54 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
penjara

Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka menjatuhi hukuman penjara tujuh hari terhadap seorang lelaki selepas didapati bersalah mendatangkan kecederaan kepada adik kandungnya sendiri.

Memetik laporan Malaysia Gazette, tertuduh Ridzuan Samsudin dengan sengaja memukul dan menumbuk hidung serta mulut adiknya menyebabkan mangsa mengalami kecederaan tisu pada mulut, pipi kanan, dan dahi kiri.

image is not available
Sekadar gambar hiasan

Kejadian berlaku pada 11 September semasa berada di tempat duduk belakang dalam sebuah kereta di kawasan parkir pasar raya di Jalan Peringgit, Melaka Tengah kira-kira pukul 11 pagi.

Sumber menyatakan, pertengkaran berpunca daripada tertuduh yang kentut di dalam kereta dan ketawa. Mangsa kemudian menegur perbuatan tertuduh dan mengungkit kisah silamnya.

Tertuduh marah lalu memaki hamun adiknya dan beberapa kali menumbuk mangsa di bahagian hidung dan mulut. Tumbukan menyebabkan mulut wanita itu berdarah serta bengkak.

Mangsa kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Melaka dan membuat laporan polis.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Malaysia Gazette (Reza A Hamid)