
Tular di media sosial video keadaan dalam pesawat milik syarikat Singapore Airlines penerbangan SQ321 selepas dilanda gelora udara teruk sehingga mengakibatkan seorang maut dan puluhan lain cedera.
Jelas kelihatan keadaan yang tunggang-langgang dan berterabur dengan pelbagai barangan yang terjatuh ketika gelora udara berlaku.
Pesawat itu dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Heathrow di London ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di Singapura. - Getaran, 21 Mei 2024
@getaranmy Seorang penumpang maut sementara 30 yang lain cedera apabila pesawat Singapore Airlines (SIA) yang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Heathrow di London ke Singapura dilanda gelora udara. SIA berkata pesawat itu dilencongkan ke Bangkok sebelum terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Suvarnabhumi pada jam 3.45 petang. Baca artikel penuh di getaran.my #getaranmy #terkini ♬ original sound - Getaran

