Bertugas sebagai kerani bukan peguam, Fathia Latiff minta maaf jika ada yang keliru

16 Aug 2023 • 5:23 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon terkenal, Fathia Latiff telah membuat permohonan maaf kepada warganet apabila ramai yang salah faham dengan perkongsiannya sebelum ini.

Kapsyen pengamal undang-undang

Ujarnya, dia bukanlah seorang peguam kerana ramai yang salah faham dengan posting dibuat sebelum ini yang menyangka bahawa dirinya kini seorang pengamal undang-undang disebabkan kapsyen yang disertakan dalam satu muat naik gambar.

image is not available

Minta maaf jika ada yang keliru dengan kapyen

Menurut Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Binti Abdul Latiff, dia sebenarnya bertugas sebagai seorang kerani di sebuah firma guaman dan bukanlah peguam bertauliah.

Salah faham tersebut sebenarnya tidak disengajakan dan akui terlepas pandang berkenaan hal itu. Jadi, dia dengan rendah hati memohon maaf di atas isu terbabit yang telah menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tetap memberikan kata-kata positif kepadanya dan menyatakan bahawa pekerjaan sebagai kerani sangat menyeronokkan dan mengucapkan selamat maju jaya kepada pelakon terbabit diatas tugas barunya itu.

Sumber: Instagram Fatiyalatiff