Bertutur Dalam Bahasa Melayu 30 Minit Sehari, Mia Sara Makin Fasih Bahasa Ibunda

19 Aug 2022 • 8:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Mia Sara antara watak utama sitkom AI.5YA - Gambar ihsan Viu

Dibesarkan dalam keluarga yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama komunikasi, pelakon Mia Sara mengakui berdepan cabaran membawakan naskah lakonan yang memerlukannya berbahasa Melayu sepenuhnya. 

Namun begitu, ia tidak pernah menjadi penghalang kepada gadis berusia 23 tahun itu apabila semakin kerap wajahnya muncul di skrin televisyen pelbagai drama. 

image is not available
Barisan pelakon sitkom fiksyen sains AI.5YA - Gambar ihsan Viu

Mia yang juga anak kepada aktor Datuk Afdlin Shauki akan bertutur dalam bahasa Melayu sekurang-kurangnya 30 minit dalam sehari untuk memastikannya semakin fasih dan tidak kedengaran kekok menyebut dialog dalam bahasa Ibunda. 

Mujurlah menerusi drama terbaharu Viu sitkom sci-fi AI.5Y, Mia berperanan sebagai sebuah robot  moden dan canggih yang dialognya sengaja dikarang untuk kedengaran seperti buku teks sekolah. 

        View this post on Instagram                      

A post shared by Mia Sara Shauki (@miasarash)

“Mencabar sebenarnya membawakan watak ini kerana setiap hari kami menerima skrip yang baru. Saya tidak begitu fasih berbahasa Melayu. 

“Jika setiap kali menerima tawaran drama atau filem yang memerlukan saya bertutur dalam bahasa Melayu, ia membantu saya untuk menjadi semakin fasih dan keluar dari zon selesa. 

“Dalam sehari saya akan pastikan bertutur dalam bahasa Melayu di set sekurang-kurangnya 30 minit. Mujurlah saya bawa watak robot, jadi pertuturannya memang kena kedengaran kaku,”kata Mia ketika ditemui Getaran di majlis pelancaran drama bersiri AI.5Y baru-baru ini. 

image is not available
Gambar ihsan Viu

Bukan itu sahaja, gadis itu turut mendedahkan, ayahnya pernah memintanya untuk mencari pengalaman di lapangan lain selain dunia seni. 

Namun, mana tumpahnya tuah jika tidak ke nasi, Afdlin akhirnya mengakui anaknya memang mempunyai potensi luar biasa dalam bidang lakonan.

“Sebenarnya, ayah tak sokong saya berlakon sebab dia nak saya cuba ceburi bidang lain. Tapi,  bila dia dah nampak saya bekerja, barulah dia rasa saya ada potensi. Dia juga ada bagi beberapa nasihat dalam bekerja,”katanya.

Terkini, Mia Sara berperanan sebagai watak utama dalam siri AI.5Y, mengisahkan tentang Jehan yang mengendalikan satu saluran komedi atas talian yang kehilangan pembantunya kerana aksi prank yang melampaui batas. 

image is not available
Mia Sara - Gambar ihsan Viu

Sebagai ganti, Dato’ Soffar, pemberi dana untuk Jehan telah mengaturkan pemberian seorang android serba boleh bagi membantu kerja-kerja penggambaran. Walau bagaimanapun, satu kekeliruan telah mengakibatkan Jehan menerima AI.5YA, sebuah robot peneman. 

Akan tetapi, apabila video-video Jehan bersama AI.5YA menjadi viral, beliau terpaksa merahsiakan identiti sebenar AI.5YA daripada peminat dan saingan, termasuklah Maya, saingan terdekatnya, dan adiknya, Jasmine. 

Drama tersebut bakal ditayangkan menerusi platform Viu, bermula 18 Ogos. Turut sama menjayakan drama tersebut ialah Zizan Razak, Dato’ Afdlin Shauki dan Ozlynn Waty. - Getaran, 19 Ogos 2022